Minngu nie punye keje sekolah adalah mengtranslate kan dari jawi lama ke baru..perghhhh memang jadi lapar balik la aku bile buat keje sekolah nie....
tapi...sebelum tu nak share ckit pasal ape yg jd hari nie.hihi hari nie aku present bi dan antrossss...semangat waja gile ah aku present tadi.main ckp je.hahahahaha mawi yg duk bizi check tesis senior gelak je bile dgr aku kasik jawapan kat bdk2 yg tnye nim :))
Tatkala Bani Israel jatuh ke
dalam kederhakaan, mula- mulanya para ulama mereka melarang mereka berbuat
maksiat, tetapi mereka tidak mahu berhenti. Kemudian, para ulama it uterus
juga, bergaul bersama sama makan dan minum dengan mereka. Maka Allah menghancurkan
sebahagian dari mereka dengan bahagian yang lain nya, atas doanya Daud dan Isa
Ibnu Maryam, yang demikian itu lantaran perlanggaran- perlanggaran yang mereka
lakukan, (waktu beliau menyampaikan ini), Rasullullah sedang duduk bersandar,
kemudian beliau duduk lurus lalu berkata: “ Tidak! Demi Tuhan yang jiwa aku ini
di tangannya, kamu tidak akan terlepas dari azab demikian itu, sebelum kamu
membelokkan mereka kepada kebenaran dengan sungguh- sungguh sekuat tanganmu.
Cukup teranglah bahawa ada hubungan
sebab musabab yang rafaq di antara luputnya sifat amarah dan kelemahan jiwa
para pemuja agama di bidang amar makruf dan nahi mungkar di satu pihak, dengan
kejatuhan umat atau bangsa, di lain pihak. Ini adalah sunat Allah disemua zaman
dan semua tempat.
Sama sekali tidak ada
sesuatu alas an untuk mengira, bahawa bagaimana bui yang kita diami sekarang
ini akan dikecualikan daripadanya.
Terang pula apa sesungguhnya
pusing dan tanggungjawab dakwah dan para pendukung dakwah dalam rangka
pembinaan ummah, dan memelihara keselamatannya.
Dengan tidak mengurangi
dakwah, amar makruf dan nahi mungkar, yang harus dijalankan oleh orang
seseorang, maka mengadakan golongan pembawa dakwah yang khusus ini melengkapkan
segala sesuatu yang dihajatkan untuk melancarkan jalan tugas mereka adalah
sesuatu kewajipan yang dipikul oleh tiap tiap muslim dan muslimah.
Dengan lain perkaitan,
perlaksanaan pekerjaan dakwah yang khusus itu sendiri bias diserahkan kepada
suatu kumpulan para ahli, tetapi beban untuk menyegerakan nya dipikul oleh
seluruh masyarakat Islam lelaki dan wanita, dengan harta, tenaga dan fikiran,
menurut kemampuannya masing masing. Ada atau tidaknya dakwah menentukan tegak
atau runtuhnya jemaah itu sendiri. Tak biasa Islam berdiri tegak tanpa jemaah,
tak biasa jemaah dibangun tanpa dakwa. Maka jadilah dakwah itu suatu kewajipan
penuh atas umat Islam sendiri, yang tidak mungkin, dan tidak boleh diupahkan
kepada orang lain, dan tidak boleh dotumpangkan kepada dakwah orang lain.
Ia harus dirasaakn sebagai
fardu ain,satu kewajipan yang tidak seorang muslim dan muslimah pun yang dapat
terlepas daripadanya.
Dimana dakwah memerlukan
sumbangan harta, banyak atau sedikitnya, maka itu bukanlah suatu soal kedermawaan,
bukan soal derma derma yang harus diminta dimohonkan supaya orang berkenaan
memberinya. Ini bukanlah fardu kifayah seperti kewajipan ibadah
menyembahyangkan mayat, tidak usah dikerjakan oleh semua anggota jemaah, cukup
diselenggarakan kalau perlu satu orang sahaja, untuk semua.
Ini ertinya menunaikan
amanah rasul, melanjutkan risalah dengan dakwah. Hanya secara demikian, kalau
hendak sama-sama berhak atas kedudukannya, sebaik-baik umat yang dilahirkan
untuk kemaslahatan manusia, yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran, dan beriman kepada Allah.
Maka pembicaraan kita yang
seterusnya, akan dititikberatkan kepada pusing dan pekerjaan dari golongan
khusus ini. Yakni barisan para pendukung dakwah, dan kumpulan yang bertekun
mendalami agama, dan bertungkus member pertunjuk dan peringatan kepada kaumnya,
golongan yang seringkali disebut ‘warisan nabi’ ahli waris dari pada nabi.